Saturday, June 6, 2009

Mandi

His house is untidy, even dirty but he bathes twice a day, and is very fond of personal andorment in the shape of smart clothes. - Sir Frank Swettenham

SAYANG DI SAYANG

Filem: Racun Dunia (1949)
Judul lagu: Sayang Disayang
Gubahan: Zubir Said
Penyanyi: Rubiah
Lakonan nyanyian: Kasma Booty

SAYANG DISAYANG

Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran

Murai terkejut berkicau-kicauan
langit mendung diliputi awan
Alamat bumi disirami hujan
Sayang disayang

Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan

Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung ditinggalkan kawan
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang disayang





Friday, June 5, 2009

Pelayaran Abdullah - 2

KAPADA tarikh sanat 1253 tahun, maka bahwa sa-sungguh-nya kapada tahun itu ada-lah barang saudagar saudagar China dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira kira sa'puloh dua blas orang, telah memberi sambut-an dagang-an kapada China sampan pukat ampat buah, kira kira ampat lima puloh ribu ringgit banyak-nya,akan di-bawa-nya ka-negeri Pahang, dan Tranganu, dan Kalantan, dan Sanggora. Hata ba-barapa bulan lama-nya, maka ka-dengar-an-lah khabar ka-Singapura mengata-kan negeri Kalantan ada prang, maka sagala sampan pukat yang ada disana tiada di-lapas-kan raja kaluar, kerna adat negri Malayu, apa bila ada prang dalam negri, maka sagala prahu prahu dagang
yang ada dalam negri itu tiada bulih kaluar dan masuk. Kemdian maka di-suruh-lah ulih saudagar saudagar itu akan sa'buah sampan tambang mem-bawa surat meng-ata-kan sa-sungguh-nya Kalantan ada prang, maka sampan pukat itu-pun ada-lah di-sana, maka jikalau bulih sagala saudagar dalam negri Singapura me-minta tulung kapada Tuan Bonham, supaya iya mem-bri surat kapa raja raja Kalantan akan mem-lihara-kan sagala prahu pukat itu, dan supaya bulih dengan segra-nya iya kambali ka-Salat. Sa-telah datang-lah surat itu dari Kalantan, maka muafakat-lah sagala saudagar itu ber-sama sama orang Yahudi, kerna harta-nya-pun ada di-bawa ulih sampan pukat itu ; maka pergi-lah marika itu sakalian meng-hadap Tuan Banham serta mem-uhun-kan surat akan di-kirim-kan ka-Kalantan. Shahadan maka di-bri-lah Tuan Banham tiga puchuk surat ber-sampul kuning, sa'puchuk kapada raja bandahara, dan sa'puchok kapada raja tamenggong, dan sa'puchok kapada yang di-per-tuan Kalantan.

Sa-telah itu, maka di-sadia-kan dua buah skochi, sa'buah skochi Tun Scott, yang ber-nama Maggy Lauder, dan sa'buah skochi Tuan Boustead, yang ber-nama Water Witch. Maka ada pukul ampat patang datang Baba Po Eng ka-rumah sahaya mem-anggil sahaya, kata-nya : "Ada suatu pe-kerja-an, bulih men-dapat untung basar ; sahaya sakalian hendak menyuruh-kan inchi pergi Kalantan mem-bawa surat kapada raja Kalantan." Maka jawab sahaya : "Sahaya bukan-nya punya suka itu : kerna sahaya ada dalam pe-kerja-an dua tuan tuan Inggris ; jikalau iya kasih ithin, bulih sahaya pergi, adanya." Maka kata-nya : "Lakas ! sakarang malam ini skochi mahu ber-layar."

Hata maka sahaya-pun pergi-lah mem-bri tahu tuan tuan itu, maka jawab-nya ; " Kalau tuan bulih dapat untung, sahaya-pun suka, supaya bulih men-jadi ringan hutang hutang tuan. Brapa lama kira bulih balik?" Maka jawab sahaya : "Sahaya balum pernah ber-layar ; kata orang, kalau ada angin baik, lima anam blas hari bulih balik." Hata maka sahaya-pun pergi-lah men-dapat-kan Baba Po Eng, maka lalu di-bawa-nya sahaya ka-rumah Baba Tun Tyung, maka ada-lah disana sakalian saudagar ber-kampung. Maka kata-nya kapada sahaya : "Brapa mau upah-nya ?" Maka jawab sahaya : "Kalau baba mahu kasih seratus ringgit, bulih sahaya pergi." Maka jawab-nya : "Tidak bulih ; kalau inchi sahaja, bulih-lah ; ini ada sa'orang orang putih ber-sama sama, dan lagi Baba Ko An-pun." Maka muafakat-lah iya sama sindiri-nya, kata-nya : "Sahaya bri dilapan puloh ringgit." Maka kata sahaya : "Tiada bulih." Kemdian kata Baba Bun Tyung dan Baba Kim Swi : "Itu sudah patut." Maka kata sahaya : "Sahaya mahu bawa sa'orang juro-masak serta maka-an sahaya." Maka kata-nya : "Suatu pun tausah : samoa-nya ada sadia, makan-an dan orang masak." Maka sahaya fikir-lah sa'kutika, lalu sahaya tarima-lah itu khabar. Maka kata saya : "Baik-lah kita buat surat per-janji-an." Maka kata Baba Bo Eng : "Tiada parchaya kapada sahaya ?" Maka jawab sahaya : "Apa-kah pe-kerja-an sahaya ini ?" Maka jawab Baba Bun Tyung : "Inchi men-jadi juro-bhasa Grandpre, Inggris itu ; jangan iya ber-tutur Malayu ; bulih inchi meng-arti-kan dengan bhasa Malayu, saperti adat raja raja ; dan lagi, barang suatu pe-kerja-an ber-fakat tiga tiga orang ; dan lagi, kalau ada orang China sampan pukat mahu bri mas atau wang tunei, bulih ambil masuk dalam prahu, adanya."
....bersambung

Bahawa ini kesah pelayaran Abdullah

Abdulah bin Abdul Kadir, grew up in Malacca at a time of British Imperial expansion into the Malay world, and was present in Singapore from the time of Raffles' arrival in the 1820s onwards. A prolific writer and translator, he is also known as the author of Kesah Pelayaran Abdullah (The Story of the Voyage of Abdullah), an account of a voyage up the east coast of the peninsular in 1837. Abdullah finished his autobiography, the Hikayat Abdullah, in 1843.


Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi(1796-1854) dan berasal dari keluarga yang terpelajar. Beliau berketurunan arab dari Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 1797 di Melaka dan merupakan anak kepada Sheikh Abdul Kadir. Beliau merupakan seorang guru agama dan guru bahasa arab yang menetap di India selatan dan memperisterikan seorang isteri yang berketurunan India. Abdullah merupakan pengkarya melayu yang pertama yang telah lari daripada corak penulisan tradisional dan oleh kerana itu beliau telah di gelar bapa sastera moden. Pada masa yng sama beliau telah menterjemah kitab injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan -pergerakan mubaligh kristian di Singapura dan Melaka. Antara karya-karya yang telah di hasilkan oleh beliau Syair Singapura di makan Api(1830), Hikayat Abdullah(1849), Hikayat Binatang , Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jeddah(1854) dan Dewa-ul-kulub(1883).Ini adalah karya-karya yang di hasilkan oleh beliau di sepanjang hayatnya. Menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa melayu pada zaman tersebut. Karya yang dihasilkan di olah dengan gaya bahasa yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata yang banyak bagi mengungkap perkara-perkara yang baru akibat pertembungan budaya barat dan timur.Karya-karyanya juga tidak terikat dengan bentuk penulisan lama seperti cerita donggeng/mitos, alam ghaib dan ajaib. Beliau juga menghasilkan karya berdasarkan pengamatannya terhadap sesuatu perkara ..... (noor adzlienda binti adnan - Falsafah dan Logika Melayu)