Friday, June 5, 2009

Bahawa ini kesah pelayaran Abdullah

Abdulah bin Abdul Kadir, grew up in Malacca at a time of British Imperial expansion into the Malay world, and was present in Singapore from the time of Raffles' arrival in the 1820s onwards. A prolific writer and translator, he is also known as the author of Kesah Pelayaran Abdullah (The Story of the Voyage of Abdullah), an account of a voyage up the east coast of the peninsular in 1837. Abdullah finished his autobiography, the Hikayat Abdullah, in 1843.


Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi(1796-1854) dan berasal dari keluarga yang terpelajar. Beliau berketurunan arab dari Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 1797 di Melaka dan merupakan anak kepada Sheikh Abdul Kadir. Beliau merupakan seorang guru agama dan guru bahasa arab yang menetap di India selatan dan memperisterikan seorang isteri yang berketurunan India. Abdullah merupakan pengkarya melayu yang pertama yang telah lari daripada corak penulisan tradisional dan oleh kerana itu beliau telah di gelar bapa sastera moden. Pada masa yng sama beliau telah menterjemah kitab injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan -pergerakan mubaligh kristian di Singapura dan Melaka. Antara karya-karya yang telah di hasilkan oleh beliau Syair Singapura di makan Api(1830), Hikayat Abdullah(1849), Hikayat Binatang , Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jeddah(1854) dan Dewa-ul-kulub(1883).Ini adalah karya-karya yang di hasilkan oleh beliau di sepanjang hayatnya. Menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa melayu pada zaman tersebut. Karya yang dihasilkan di olah dengan gaya bahasa yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata yang banyak bagi mengungkap perkara-perkara yang baru akibat pertembungan budaya barat dan timur.Karya-karyanya juga tidak terikat dengan bentuk penulisan lama seperti cerita donggeng/mitos, alam ghaib dan ajaib. Beliau juga menghasilkan karya berdasarkan pengamatannya terhadap sesuatu perkara ..... (noor adzlienda binti adnan - Falsafah dan Logika Melayu)

No comments:

Post a Comment